Selamat Datang

Blog rasmi SPSK SK LKTP Redong, Segamat

SPSK

Satu Sistem Pengurusan Kualiti yang mengikut tatacara sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008 untuk meningkat dan memantapkan Pengajaran dan Pembelajaran

Warga kerja SK LTP Redong

Kami komited melaksanakan SPSK di sekolah ini

KE ARAH PROFESION KEGURUAN YANG CEMERLANG

Warga kerja SPSK 2013 meletakkan visi untuk menjadikan profesion ini kearah yang lebih cemerlang

Sentiasa komited dalam menjalan tugas

Demi menjamin kualiti pendidikan anak-anak SK LKTP Redong, Segamat


Sunday, September 29, 2013

PANDUAN PEMANTAUAN KENDIRI

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Disertakan di sini panduan untuk menjalankan pemantauan kendiri bagi PK masing-masing. Sila rujuk senarai JK SPSK terkini untuk mengetahui JK masing-masing.

Panduan Pemantauan Kendiri SPSK Kali Ke 2 / 2013

1. Muat turun Borang Instrumen Pemantauan Kendiri disini ----> BORANG INSTRUMEN PEMANTAUAN KENDIRI atau disini untuk versi  PDF BORANG INSTRUMEN PEMANTAUAN KENDIRI PDF dan browser anda akan dibawa ke laman 4shared seperti dibawah ini :


Klik 'download'. Klik pada link 'Priority Download' seperti gambarajah dibawah.


Sekiranya masih tidak dapat di muat turun, klik pada link seperti paparan di bawah. 


 Fail anda akan dimuaturun secara otomatik.

2. Buka fail yang telah dimuat turun. dan pilih Borang Instrumen Pemantauan Kendiri mengikut PK masing-masing dan cetak untuk menjalankan pemantauan bagi PK masing-masing.



3. Jalankan pemantauan kendiri masing-masing. Ketua PK boleh menjalankan pemantauan mengikut masa dan kesempatan ketua PK dalam tempoh masa 2 minggu ( 2 - 14 Oktober 2013 ).

4. Seteleh selesai menjalankan pemantauan kendiri, sila layari blog ini untuk mengisi borang maklum balas atas talian yang boleh dibuka di pautan ini : BORANG MAKLUM BALAS PEMANTAUAN KENDIRI

Anda akan dibawa ke laman seperti paparan dibawah :


Isikan maklum balas yang terdapat pada borang maklumat itu dan tekan 'Submit'. Lihat paparan.



Selesai. Terima kasih diatas kerja sama semua pihak.



Friday, September 27, 2013

BORANG MAKLUM BALAS

Diminta ketua PK untuk melengkapkan borang maklum balas online bagi dapatan dari penarafan kendiri PK masing-masing. Sila klik link ini ---> Borang Maklum Balas Penarafan Kendiri SPSK 2 / 2013 dan isikan makluman yang diperlukan. Kerjasama guru-guru amatlah kami hargai.

Makluman Penarafan Kendiri SPSK : Klik Sini

Makluman Audit Dalaman SPSK 2 / 2013 : Klik Sini


JK SPSK 2013 TERKINI

Terdapat beberapa perubahan dalam JK SPSK berikutan perpindahan guru dan kemasukkan guru-guru baru. Sehubungan itu, semua guru boleh menyemak JK SPSK terkini di sini : KLIK SINI

Sila layari blog SPSK Redong untuk maklumat terkini. Harap maklum.

Thursday, September 26, 2013

AUDIT DALAMAN SPSK KALI KE 2

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa satu sesi audit dalaman akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 15 OKTOBER 2013
Masa : 10.30 pagi
Auditor : PK 12 dan Penyelaras SPSK Sekolah

Sehubungan dengan itu, diharap semua Ketua PK dapat menjalankan semakan mengikut PK masing-masing menggunakan Borang Instrumen Pemantauan Kendiri. Borang pemantauan kendiri boleh dimuat turun di sini -----> KLIK SINI

Sila lengkapkan dan hantar makluman dan dapatan dari pemantauan kendiri PK masing-masing kepada Penyelaras SPSK Sekolah ( up : Cikgu Zalman Fitrie Bin Othman ) dan mengisikan borang maklum balas online disini -----> KLIK SINI