Selamat Datang

Blog rasmi SPSK SK LKTP Redong, Segamat

SPSK

Satu Sistem Pengurusan Kualiti yang mengikut tatacara sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008 untuk meningkat dan memantapkan Pengajaran dan Pembelajaran

Warga kerja SK LTP Redong

Kami komited melaksanakan SPSK di sekolah ini

KE ARAH PROFESION KEGURUAN YANG CEMERLANG

Warga kerja SPSK 2013 meletakkan visi untuk menjadikan profesion ini kearah yang lebih cemerlang

Sentiasa komited dalam menjalan tugas

Demi menjamin kualiti pendidikan anak-anak SK LKTP Redong, Segamat


Thursday, October 18, 2012

PEMANTAUAN SPSK

Perhatian kepada semua guru dan penyelaras PK. Pemantauan SPSK dari pihak PPD akan dijalankan pada 22-25 Oktober 2012. Ketua PK/ Setiausaha perlu menyediakan seperti yang dibawah ini :

1. Manual Kualiti
2. Fail Pengurusan PK ( fail keras yang perlu disediakan sendiri )


Senarai semak Fail Pengurusan PK



BIL
PERKARA
ADA
TIADA
1
Surat Lantikan 


2
Carta Aliran PK


3
Salinan bagi setiap borang didalam PK masing-masing ( borang kosong sebagai sampel )


4
Sampel borang yang telah diisi ( fotostat 2 sampel )


BIL
PERKARA
SUDAH
BELUM
1
Serahkan satu sample ( fotostat )




Cover Fail Pengurusan PK boleh diambil diatas meja Cikgu Zalman Fitri Bin Othman

Tuesday, October 9, 2012

MAKLUMAN BERKAITAN SURAT LANTIKAN

UPDATE Perhatian kepada semua guru, muat turun surat lantikan akan tergendala buat sementara waktu atas kesilapan kecil yang terdapat pada surat tersebut. Segala kesulitan amat dikesali. Walau bagaimana pun, muat turun setiap PK masih boleh dilaksanakan. Harap maklum.

Monday, October 8, 2012

SALINAN DIMINTA

Perhatian kepada semua PK : Setiap PK dikehendaki menyediakan satu fail untuk mengisi bahan seperti dibawah ini :


  1. Surat Lantikan 
  2. Carta Aliran PK
  3. Salinan bagi setiap borang didalam PK masing-masing ( borang kosong sebagai sampel )
  4. Sampel borang yang telah diisi ( fotostat 2 sampel )
  5. Serahkan satu sample ( fotostat ) kepada Setiausaha SPSK sekolah selewat-lewatnya pada minggu hadapan.
Terima kasih.

MESYUARAT SPSK KALI KE 3

Satu mesyuarat berkaitan SPSK kali ke tiga akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 09 Oktober 2012
Masa : 10 Pagi
Tempat : Makmal Komputer SK Felda Redong

Agenda :


  • Perutusan Pengerusi;
  • Pengesahan minit mesyuarat yang lalu;
  • Perkara-perkara berbangkit;
  • Perbincangan penarafan SPSK 2012
  • Makluman berkaitan fail PK dan fail Panitia
  • Hal-hal lain;
  • Penutup.




Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Tn Hj Sulaiman Bin Md Yusof, GPK 1 Kurikulum, SK Felda Redong. Kehadiran adalah wajib.

Nota :

Ketua panitia : Sila bawa bersama fail panitia masing-masing
Ketua PK : Sila bawa bersama fail PK masing-masing. ( bukan manual )

Kandungan Fail PK

Carta Organisasi PK
Surat Lantikan
Salinan Carta Aliran PK
2 Contoh Dokumen Yang Lengkap Setiap PK
Bahan-bahan Berkaitan

Sunday, August 12, 2012

VIDEO UCAPAN RAYA

MUAT TURUN SURAT LANTIKAN

Bagi JK yang belum memperolehi surat lantikan JK SPSK 2012, guru-guru boleh memuat turun surat lantikan tersebut di bahagian panel - SURAT LANTIKAN. Guru-guru hanya perlu memilih Kod SPSK masing-masing dan muat turun serta merta.

Surat lantikan tersebut hendaklah disimpan dalam fail kedua ( bukan fail manual ) dan satu salinan lagi didalam fail peribadi masing-masing. Kerjasama guru-guru, amatlah kami hargai.

PERHATIAN : 16 Ogos 2012 adalah hari terakhir penyerahan salinan fotostat borang PK masing-masing. Harap maklum.

Saturday, August 11, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA



Kami JK SPSK Redong, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin. Ampun maaf diminta jika terdapat kesalah dan kesilapan yang telah kami lakukan. Semoga syawal ini memberikan sinar keceriaan dalam diri kita semua.

Saturday, August 4, 2012

JK SPSK 2012

Berikut adalah senarai JK SPSK bagi tahun 2012, sebagai mana yang telah dilantik dan dipersetujui oleh Cikgu Kamaruddin Bin Ali, Guru Besar SK LKTP Redong merangkap Pengerusi SPSK sekolah, pada awal tahun 2012 yang lalu di dalam mesyuarat guru Bil 1/2012.

Klik pada pautan ini untuk paparan Jawatankuasa atau muat turun sendiri senarai JK di sini.

Friday, August 3, 2012

KEMUDAHAN DI BLOG SPSK

Salah satu fungsi blog ini dibangunkan adalah bagi memudahkan JK SPSK menyampaikan info dan maklumat terkini berkaitan SPSK. Selain itu, kemudahan yang disediakan diblog ini antaranya ialah pautan muatan turun mengikut PK masing-masing.

Setiap PK hanya perlu klik pada 'panel muat turun PK' dan pilih dan klik mengikut PK masing-masing. Juga disediakan pautan muat turun minit mesyuarat dan fail meja di 'panel muat turun'.

Harapan kami, semoga blog ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga kerja SK LKTP Redong. Segala cadangan dan pandangan, sila email kepada kami di alamat : sk_lktp_redong@yahoo.com.

TINDAKAN SEGERA : AUDIT DALAMAN SPSK

JK PK14 Pengurusan Audit Dalam, Ketua Juruaudit dan Juruaudit akan melaksanakan audit dalaman bagi memastikan setiap PK telah dan sentiasa menguruskan PK masing-masing mengikut prosedur SPSK. Penyelaras PK14 dan Ketua Juruaudit akan memaklumkan tarikh audit dalaman akan dilaksanakan.

Oleh yang demikian, setiap Penyelaras PK perlu memastikan bidang masing-masing dijalankan mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan.

Sekian, harap maklum.

TINDAKAN SEGERA : FOLIO PK

Seperti yang telah dimesyuaratkan pada mesyuarat SPSK bil 2 ( muat turun ), semua ketua PK diminta menyediakan folio bagi setiap PK mengikut borang-borang yang terdapat di dalam manual PK masing-masing.

Setiap folio yang mengandungi satu set lengkap fotostat mengikut item yang perlu ada. Sebagai contoh, PK 07 - Pengurusan Mesyuarat, perlu menyediakan satu salinan fotostat mana-mana mesyuarat yang telah dijalankan ( borang PK07/1 - PK07-5 ) dan masukkan salinan tersebut di dalam fail keras / fail putih ( pejabat ).

Tujuan folio ini disediakan adalah sebagai satu contoh yang menunjukkan bahawa sekolah ini menjalankan mesyuarat mengikut apa yang dikehendaki di dalam PK Pengurusan Mesyuarat. ( 1 contoh lengkap, menunjukkan panitia atau apa-apa saja mesyuarat yang dijalankan telah mengikut prosedur PK Pengurusan Mesyuarat. )

Klik pada pautan ini bagi mengenalpasti borang-borang setiap PK yang perlu difotostat untuk dijadikan folio.

Borang Borang PK

Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa terus Cikgu Zalman Fitrie Bin Othman / Cikgu Fazliyati Bt Ishak

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Kami, jawatan kuasa SPSK 2012 mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna kepada semua guru-guru, pelajar dan kaki tangan SK LKTP Redong. Semoga ibadah kita kali ini diberkati oleh-Nya selalu. InsyaAllah.

SEJARAH SPSK DI SK LKTP REDONG

SPSK di sekolah ini mula dilaksanakan pada tahun 2011 dan merupakan antara sekolah rendah yang dipilih untuk peluasan SPSK pada tahun tersebut. Mula dilaksanakan di sekolah ini pada bulan April 2011, dimana Cikgu Kamaruddin bin Ali, Guru Besar SK LKTP Redong, merupakan Pengurus Kualiti bagi SPSK di sekolah ini.

Cikgu Zalman Fitrie Bin Othman pula diberi kepercayaan untuk memegang peranan sebagai Setiausaha dan Penyelaras SPSK sekolah ini dibantu oleh Cikgu Aspa Rizal Bin Mahmood sebagai Penolong Penyelaras pada tahun 2011 dan Cikgu Fazliyati Ishak pada tahun 2012.

Pada tahun 2011, pemantauan SPSK telah dijalankan oleh pemeriksa ( wakil PPD Segamat ) dan kami telah melepasi tahap kualiti mengikut penilaian yang telah dijalankan.

JK SPSK 2011/2012 mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh semua pihak menjalankan SPSK disekolah ini.

MISI, VISI DAN PIAGAM SPSK


VISI

Sekolah unggul penjana generasi terbilang

MISI

Membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti



OBJEKTIF KUALITI SPSK


  • Melaksanakan 100% Pembelajaran & Pengajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan
  • Memastikan pencapaian murid mencapai 65% lulus keseluruhan atau peningkatan 3 % dari tahun sebelumnya dalam peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun dan Peperiksaan Awam.
  • Memastikan 100 % murid mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
  • 100 % aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan Pelanggan.
  • Melaksanakan Pengurusan Kewangan Tanpa Teguran Audit.



DASAR KUALITI SPSK

Sekolah Kebangsaan LKTP Redong, Segamat, komited untuk menyediakan Pembelajaran dan Pengajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan selaras dengan dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pelaksanaan SPSK.

Tuesday, July 31, 2012

APA ITU SPSK?




Apa itu SPSK?

Satu Sistem Pengurusan Kualiti yang mengikut tatacara sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008 yang komited untuk meningkat dan memantapkan PEMBELAJARAN dan PENGAJARAN ( P&P ) yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Kebaikan SPSK

1.    Memudahkan urusan pentadbiran sekolah ( Mudah yang terbaik; bukan mudah yang kurang baik )
2.    Memberikan kepuasan kepada pelanggan ( murid, ibu bapa dan masyarakat )
3.    Tatacara pengurusan lebih kemas ( dokumen )
4.    Tahap Pengurusan lebih cekap
5.    Telus - kewangan
6.    Penambahbaikan - aduan /program 
7.    Teambuilding – kerja berpasukan 
8.    Ikut peraturan  - selaras/seragam
9.    Pengiktirafan ( Kualiti dijamin )
·         Menarik Pelanggan
·         Persaingan Yang Sihat
·         Imej Meningkat & Kualiti Meningkat
·         Risiko/ kesalahan dikurangkan
10. Visi dan Misi JPN & Hasrat Pengarah
·         Johor Top Five / Selangkah Di Hadapan / kurikulum meningkat




SELAMAT DATANG




Selamat datang ke blog rasmi SPSK SK LKTP Redong 2012. Kami jawatankuasa SPSK Redong akan menjadikan blog ini sebagai satu wadah untuk kami sentiasa memberikan maklumat dan info terbaru mengenai SPSK. Harapan kami agar dengan wujudnya blog rasmi SPSK Redong ini akan memberikan manfaat kepada semua khususnya guru-guru SK LKTP Redong.