Friday, August 3, 2012

TINDAKAN SEGERA : FOLIO PK

Seperti yang telah dimesyuaratkan pada mesyuarat SPSK bil 2 ( muat turun ), semua ketua PK diminta menyediakan folio bagi setiap PK mengikut borang-borang yang terdapat di dalam manual PK masing-masing.

Setiap folio yang mengandungi satu set lengkap fotostat mengikut item yang perlu ada. Sebagai contoh, PK 07 - Pengurusan Mesyuarat, perlu menyediakan satu salinan fotostat mana-mana mesyuarat yang telah dijalankan ( borang PK07/1 - PK07-5 ) dan masukkan salinan tersebut di dalam fail keras / fail putih ( pejabat ).

Tujuan folio ini disediakan adalah sebagai satu contoh yang menunjukkan bahawa sekolah ini menjalankan mesyuarat mengikut apa yang dikehendaki di dalam PK Pengurusan Mesyuarat. ( 1 contoh lengkap, menunjukkan panitia atau apa-apa saja mesyuarat yang dijalankan telah mengikut prosedur PK Pengurusan Mesyuarat. )

Klik pada pautan ini bagi mengenalpasti borang-borang setiap PK yang perlu difotostat untuk dijadikan folio.

Borang Borang PK

Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa terus Cikgu Zalman Fitrie Bin Othman / Cikgu Fazliyati Bt Ishak