Friday, August 3, 2012

SEJARAH SPSK DI SK LKTP REDONG

SPSK di sekolah ini mula dilaksanakan pada tahun 2011 dan merupakan antara sekolah rendah yang dipilih untuk peluasan SPSK pada tahun tersebut. Mula dilaksanakan di sekolah ini pada bulan April 2011, dimana Cikgu Kamaruddin bin Ali, Guru Besar SK LKTP Redong, merupakan Pengurus Kualiti bagi SPSK di sekolah ini.

Cikgu Zalman Fitrie Bin Othman pula diberi kepercayaan untuk memegang peranan sebagai Setiausaha dan Penyelaras SPSK sekolah ini dibantu oleh Cikgu Aspa Rizal Bin Mahmood sebagai Penolong Penyelaras pada tahun 2011 dan Cikgu Fazliyati Ishak pada tahun 2012.

Pada tahun 2011, pemantauan SPSK telah dijalankan oleh pemeriksa ( wakil PPD Segamat ) dan kami telah melepasi tahap kualiti mengikut penilaian yang telah dijalankan.

JK SPSK 2011/2012 mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh semua pihak menjalankan SPSK disekolah ini.